Santau-menyantau…

Hari ini tadi pukul 9.37 pagi masuklah satu panggilan beridentitikan "private number" ke telefon rumah kami. Saya percaya ini tentunya dari Tanter Bertha (Nenek Sihir dalam istilah Bawang Putih Bawang Merah). Tanter Bertha versi kitaorang ni adalah seorang jiran yang suka santau-menyantau. Itulah aktiviti ko-kurikulumnya hari-hari. Lalu saya tidak menjawab panggilan tersebut. Dia ni sebenarnya dah lama menjalankan aktiviti ko-kurikulumnya itu. Santau yang dikenakan ke atas keluarga saya pun telah bermula semenjak awal 90an lagi. Dahsyatkan….
 
Tanter Bertha sebenarnya bekerja kat Pejabat "toooot" (dirahsiakan). Ada suami tapi suaminya takut kepadanya. Tak tau pasal apa. Tapi korang tentu boleh agak pasal apa.
 
Masa balik kat kampung hari tu dapatlah dua panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Ni ha nombornya:
 (1)  016-6695986    02-11-2006  12:16 pm
 (2)  014-3014170    02-11-2006  04:18 pm
 
Macam biasalah, saya biarkan aje. Malas nak layan. Tentu korang tertanya-tanya kenapa tak jawab aje. Sebabnya itu adalah di antara cara dia masukkan sihir-santaunya melalui telefon. Pelikkan, macam tak percaya saja. Tapi itulah hakikatnya. Nak tau ciri-ciri panggilan tersebut:
 
  • Bila kita jawab, si pemanggil tak cakap apa-apa. Tapi kita boleh dengar bunyi latar belakang macam bunyi TV ataupun radio. Kadang-kadang bunyi latar belakang tu bising semacam aje. Berhati-hatilah sebab pada ketika itulah dia memasukkan santau anginnya.
  • Bila kita jawab, si pemanggil buat-buat macam salah dail nombor pulak. Selalunya dalam kes kitaorang, dia buat cakap pelat India. Selalunya yang ni dari bomoh upahannya.

Barang-barang sihir yang dia letak depan rumah pun banyak. Tapi hari-hari kitaorang bersihkan. Sekarang kitaorang tak risau. Lagipun benda ni mana boleh lawan kekuasaan Tuhan. Paling penting jangan tinggal sembahyang, banyakkan membaca Al-Quran, jangan alpa dengan hiburan yang melalaikan. Kitaorang cadangkan selalulah mainkan bacaan Roqya Shar’eya. InshaAllah akan terhindar dari gangguan sihir. Setakat ini kami gunakan bacaan Roqya Shar’eya oleh Sheikh Muhammad Jebril (الشيخ محمد جبريل)(seorang Imam muda dari Mesir). Best! Tak caya, cubalah.

Boleh muat turun dari internet saja: www.jebril.com

Advertisements

1 Comment (+add yours?)

  1. Unknown
    Dec 22, 2006 @ 17:47:31

     
    Tanter Bertha?
    eeee…tak sangka kamu ni peminat Bawang Merah Bawang Putih (BMBP). Saya ingat saya jeh peminatnya!
    Tak kiralah version apa ceritanya, pokoknya … orang yang kayak (seperti) Tanter Bertha tu emangnya jahat lho. Orang macam tu emang nggak patut idup. Lihat saja dalam BMBP, Tanter Bertha udah dalam proses mau mampus karena perutnya udah diradak dek Rika Sumanto, yang juga 2×5 jahatnya ( Tapi belum tentu gak, sebab dalam BMBP ni macam2 berlaku. Yang dah mati pun boleh hidup balik!) Tak kuaza aku! tu yang tak larat nak nengok tuh!
     
    Apapun, saya bersimpati pada kamu dan keluarga. Semoga kamu dan keluarga sentiasa dikurniakan kesabaran dan kekuatan oleh
    Allah SWT. Semoga segala amalan yang kalian kerjakan itu akan menjadi pendinding buat melindungi diri dari segala kejahatan. Saya percaya…bahkan amat2 percaya bahawa suatu hari nanti orang yang jahat seperti Tanter Bertha kamu itu akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan terkutuknya itu. Orang kalau nak buat buat jahat memang macam2 cara yang digunakannya.     
     
    Sekian dulu…
    Pak Indra Pramata KL
     
     

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: