“AZMIR GOT ACCIDENT !”

 
AZMIR DITIMPA KECELAKAAN
 
Selasa, 19 September 2007 – Saya memdapat berita buruk ini ketika saya sedang berbuka puasa di Asrama Restu, USM. Majlis berbuka puasa ini telah dianjurkan oleh kawan-kawan Palestin saya, Mahmoud Haddad, Homam dan Eyyad. Saya sangat rapat dengan mereka, oleh itu saya jarang sekali menolak jemputan mereka. Majlis ini dihadiri kira-kira 10 orang termasuk dari Palestin, Jordan, Malaysia dan Indonesia. Ketika saya tengah menikmati Kabsah masakan mereka, telefon bimbit saya berbunyi menandakan mesej baru telah masuk. Siapa pula yang menghantar mesej pada waktu macam ni? Saya segera mencapai handphone saya dan membaca mesej tersebut.
 
"Izat, ada nombor telefon keluarga Azmir tak?". Oh, dari Khairuddin, kawan serumah saya. Pasal apa ya, macam penting aje…
"Tak ada, kenapa", saya balas.
"Azmir kemalangan. Tak tahu keadaan dia macam mana…", balas Khairuldin.
 
Berderau darah saya. Terus tak lalu makan dibuatnya.
 
"Habis dia di mana sekarang?"
"Di ICU, Hospital Sungai Petani", balas Khairuldin.
"Kita mesti pergi hospital segera, nanti kita bincang macam mana", balas saya pula.
 
Khairuldin beritahu saya yang dia dan kawan-kawan yang lain akan pergi ke Hospital Sungai Petani dalam tempoh terdekat dan meminta saya menyusul kemudian jika berkesempatan. Betul juga, sebab saya masih lagi beriftar di USM. Semua kawan-kawan di majlis berbuka saya bertanya keadaan Azmir, lalu saya ceritakan. Mereka menasihati saya untuk berehat terlebih dahulu dan hanya pergi jika saya benar-benar bersedia untuk pergi. Mahmoud menasihat saya untuk pergi pada keesokan hari sahaja sebab kemungkinan saya tidak dibenarkan melawat dalam keadaan kecemasan sebegitu. Saya akur kerana saya memang terlalu kepenatan. Saya hanya mampu panjatkan doa agar Azmir selamat.
 
AZMIR PARAH
 
Saya dan kawan-kawan pergi menunaikan solat tarawih di Masjid USM. Setelah selesai, kami pulang semula ke asrama. Ketika dalam perjalanan, Khairuldin melaporkan keadaan Azmir yang sangat parah. Patah kaki dan tangan, bengkak muka yang serius, serta darah mengalir keluar dari telinga tak henti. SubhanAllah! Ya Allah kau selamatkan lah Azmir. Saya merasa sangat sedih kerana ini mengingatkan saya kepada Allahyarham ayah saya yang meninggal dunia di pangkuan saya akibat kemalangan jalan raya pada 1996. Semoga ini tidak berlaku pada Azmir, na’uzubillahi min zaalik.
 
Saya diajak bermalam oleh Mahmoud di biliknya dan bersahur bersama dengan kawan-kawan Palestin pada esok paginya. Pada mulanya saya menolak kerana saya bercadang untuk kembali ke rumah sewa di Kulim untuk mengikuti perkembangan Azmir. Bagi saya itu lebih penting. Bagaimanpun setelah dipujuk, saya akur pada cadangannya. Kerana jika saya ke Kulim pun, saya pasti tidak boleh berbuat apa-apa.
 
BERMALAM DI USM
 
Oleh kerana saya sangat keletihan saya terus tertidur ketika membaringkan diri di katil Mahmoud. Pada pukul 4.30 pagi, saya digerakkan oleh Eyyad untuk bersahur. Saya membantunya menggoreng kentang yang dipotong kiub. Kami berempat – saya, Mahmoud, Eyyad dan Homam bersahur dengan roti Arab bersama cicah kacang merah yang ditumbuk halus yang digaul dengan minyak zaitun, salad sayur, salad lada, kentang goreng kiub dan tidak ketinggalan telur rebus. Boleh tahan juga juadah bersahur mereka. Selepas itu, kami solat subuh dan saya pulang ke Kulim.
 
AZMIR DIPINDAHKAN KE HOSPITAL ALOR STAR
 
Di tempat kerja, semua orang ashik bercerita tentang Azmir. Sedih sebab sehari sebelum kejadian kami berbuka puasa sama-sama di rumah sewa saya. Kemudian saya diberitahu bahawa Azmir telah dipindahkan ke Hospital Alor Star. Saya dan rakan-rakan bercadang untuk pergi melawat pada waktu rehat pukul 12 tengahari. Kami pergi berlima – saya, Khairuldin, Farizul, Azuan dan Razif dengan kereta Khairuldin. Sampai sahaja di Hospital Sungai Petani kamipun bergegas ke Wad HWD (High Dependency Ward). Di kawasan menunggu, kami terserempak dengan kawan-kawan sekerja yang lain yang sampai lebih awal. Sudirman, Yushamdan, ramai sekali. Kemudian kami diberitahu masa melawat telah tamat dan akan dibuka semula pukul 4 petang. Jadi kami berlima terus menunggu.
 
Sampai saja pukul empat tepat, saya terus masuk bersama Razif ke dalam wad. Azmir masih tidak sedarkan diri. Doktor masih sibuk merawat beliau dalam waktu sebegini. Ini bermaksud, keadaan Azmir adalah kritikal. Jururawat meminta kami tidak melawat beliau sekarang. Kami akur. Beliau mengalami keretakan tulang muka, patah sebelah tangan termasuk pergelangan tangan dan patah kaki. Walaupun sedih, saya rasa lega kerana keadaan Azmir sudah stabil. SubhanAllah!
 
Semoga Azmir segera pulih…. Amin.
 

 
ROAD ACCIDENT – MY OFFICEMATE AZMIR BADLY INJURED
 
On September 19, I was invited by my Palestinian friends, Mahmoud and Homam for Iftar (breaking of fast) at Restu Hostel, USM. While I was enjoying their special cooking kabsah, one message came in. Who could probably send message at this time? I grabbed my mobile and looked at the message.
 
"Izat, do you have Azmir’s family phone number?". It’s from my housemate, Khairuldin. Sounds important.
"No, I don’t. Why?", I replied.
"Bad news. Azmir involved in an accident! Don’t know his condition", Khairuldin broke the news.
 
I was shocked and immediately lost my apetite. Azmir was taken to Sungai Petani hospital and admitted in ICU. I told Khairuldin that all close friends (five of us) need to go to SP Hospital immediately. While I was making up my mind on how to go to the hospital, Khairuldin informed that he and Azmir’s housmates will go directly to the hospital without me. We’ll see at the hospital, Khairuldin told. Mahmoud told me to take my time and no need to rush. He’s right, I was too tired. Perhaps I can visit him tomorrow afternoon.
 
AZMIR IS STILL UNCONSCIOUS
 
At my office, we’ve been informed that Azmir has been transferred to Alor Star Hospital. We planned to go during break time at 12 noon. We went five of us – me, Khairuldin, Farizul, Azuan and Razif. We arrived at around 1.50 PM. The other colleaques were also waiting their turn in the waiting room. Suddenly the security told us the visiting time has ended and wanted us to come back at four o’clock. There’s no turning back. We have to wait.
 
At four o’clock sharp, Razif and I went in and saw a few doctors still doing medical treatment on him. Azmir was still unconscious. I could see clearly the bruises on his face and body. This means his condition is critical. He broke his leg, him arm and sufferred broken bone at his upper jaw. SubhanAllah. Suddenly I remember my late father, when we involved in an accident in 1996. He died when his head was on my thigh while we were on the way to the hospital. I almost drop my tears. I hope this won’t happen to Azmir. Although I was sad, I felt relief because he was considerably stable.
 
May Allah help him to recover… Ameen.
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: